arena

Tabiat 'pemain bintang' letak kereta...

Oleh Daily Mail

PEMAIN pertahanan Manchester United Luke Shaw membentuk tabiat baru dalam diri apabila suka meletak kereta di garis berkembar.

Pemain antarabangsa England itu disaman sebanyak £60 (RM321) oleh polis dua minggu lalu kerana meletakkan kereta Range Rover berharga £120,000 (RM640,000) di laluan garis berkembar di luar sebuah restoran di Manchester.

Malah, Shaw, 23 berkemungkinan disaman lagi kerana mengulangi tabiat meletakkan keretanya di kawasan tidak dibenarkan di luar sebuah pasar raya.

Dia dilihat sengaja meletakkan keretanya di garis berkembar sebelum menuju ke pasar raya itu dengan ditemani teman wanitanya, Anouska Santos.

Shaw ketika itu dilihat memakai baju tebal berwarna putih dengan litup kepala untuk menahan cuaca sejuk.

Mereka kemudian meninggalkan pasar raya dengan hanya membawa satu beg.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 8:18pm
d