arena

Fabregas ceriakan Monaco

Oleh AFP

PARIS: Cesc Fabregas menjaringkan gol pertamanya sejak menyertai Monaco daripada Chelsea bagi membantu kelab itu melakar kemenangan penting 2-1 ke atas Toulouse dalam saingan Ligue 1, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu ditandatangani oleh Thierry Henry pada pertengahan Januari lalu namun bekas rakan sepasukannya di Arsenal itu dipecat beberapa kemudian.

Leonard Jardim yang kembali membimbing Monaco selepas dipecat tiga bulan lalu berjaya memberi kemenangan pertama kelab itu di laman sendiri musim ini.

Juara 2017 itu mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain antarabangsa Russia, Alesandr Golovin minit ke-15 hasil gerakan serangan balas yang dimulakan Gelson Martins.

Bagaimanapun, Christopher Jullien berjaya menyamakan kedudukan buat Toulouse empat minit kemudian tetapi Martin membuktikan yang dia mampu menjadi tonggak apabila membuka ruang untuk Fabregas melakukan jaringan minit ke-62.

“Semua orang tahu mengenai kisah lalu, ia sukar apabila tidak menang di laman sendiri sehinggalah hari ini.

“Sebab itu, pemain sangat gembira, mereka memberi aksi terbaik,” kata Jardim.

Sementara itu, Mario Balotelli diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasan utama Marseille sejak menyertai kelab itu daripada Nice tetapi gagal membantu apabila pasukannya tewas 1-2 ke atas Reims.  

Disiarkan pada: February 3, 2019 @ 9:47am
d