arena

Gugup punca tewas

Oleh Nazri Abu Bakar

KEKURANGAN pengalaman beraksi di Liga Super antara punca PJ City tewas tipis 1-2 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.

Jurulatih PJ City, K Devan berkata, kebanyakan pemain baru merasai nikmat beraksi di liga berkenaan sehingga mereka sedikit gugup untuk mempamerkan kemampuan sebenar.

Katanya, kegugupan itu menyebabkan mereka hilang fokus sehingga tuan rumah meledak dua jaringan kemenangan pada babak pertama perlawanan.

Menurutnya, ia juga berkait rapat dengan keserasian dua import baharu pasukan yang hanya sempat bersama bagi tempoh kira-kira 10 hari sebelum perlawanan.

"Apapun mereka berjaya membentuk corak permainan lebih efektif sepanjang 45 minit kedua sehingga mampu menguasai sebahagian permainan.

"Hasilnya kami memecah kebuntuan jaringan sekali gus merapatkan jurang namun selepas itu segala usaha menyamakan kedudukan gagal direalisasikan," katanya.

Devan berkata, keputusan itu tetap positif berikutan anak didiknya mampu meningkatkan corak persembahan dengan tampil berbeza berbanding episod pertama.

Dua gol skuad Hijau Putih dihasilkan menerusi Liridon Krasniqi dan import kelahiran Brazil, Anselmo Casagrande.

Disiarkan pada: February 3, 2019 @ 12:54pm
d