arena

Jangan 'berangan' ke Anfield Timo!

Oleh Mirror

PENYERANG Jerman, Timo Werner diberi amaran tidak ‘berangan’ untuk menyertai Liverpool disebabkan oleh Naby Keita yang masih bergelut sejak berhijrah ke Anfield.

Werner, 22, dikhabarkan akan mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan RB Leipzig itu akan beralih ke Merseyside pada musim panas.

Keita menyertai The Reds tahun lalu selepas 12 bulan mengikat perjanjian pada nilai perpindahan £52.75j (RM282 juta) dengan kelab Bundesliga itu.

Bagaimanapun pemain antarabangsa Guinea berusia 23 tahun itu berdepan masalah prestasi dan kecergasan sejak menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Biarpun pemain tengah itu sudah 22 kali beraksi untuk Reds namun dia masih belum menjaringkan gol sulungnya untuk kelab EPL itu.

Bos Leipzig Ralf Rangnick berkata Werner perlu berasa risau untuk menyertainya di England.

"Keita adalah pemain cemerlang di sini tetapi masih bergelut di Liverpool," katanya kepada Sky di Jerman menerusi Buli News .

"Setakat ini, dia bukanlah pemain sepertimana dia berada di sini sebelum ini. Persekitaran juga perlu sesuai untuk Timo. Keadaan itu berlaku di sini (Leipzig)."

Kontrak Werner yang akan berakhir pada musim panas 2020 bermakna Leipzig berkemungkinan menjual penyerang itu terutamanya minat ditunjukkan oleh Bayern Munich.

"Kami sudah mencapai had kewangan dengan tawaran dibuat," kata Rangnick.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 7:09pm
d