arena

Malik makin semangat

Oleh Malik Muhamad

SATU gol ketika mengikat PKNS FC minggu lalu melonjakkan semangat penyerang Terengganu FC (TFC) Malik Mat Ariff untuk menambah gol apabila menentang negeri kelahirannya Pahang di Kuantan, Sabtu ini.

“Saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan yang sentiasa bekerja keras, bagi saya kami mampu melakukan yang terbaik untuk mengutip mata pada aksi kedua nanti.

“Walaupun bertemu pasukan negeri kelahiran, saya mahu melupakan seketika pertalian persaudaraan, sebaliknya bertekad mahu buru gol dalam misi mengutip tiga mata walaupun bermain di tempat lawan,” katanya pada majlis pelancaran Akademi Peteh Kids di Kuala Terengganu, hari ini.

Malik yang digelar ‘lipas kudung’ tanpa berselindung turut menyimpan impian untuk memburu anugerah Kasut Emas seperti yang dimenanginya pada 2017 selepas meledak 18 gol sepanjang musim ketika menyarung jersi Kuantan FA.

“Bonus jika saya dapat mengulangi kejayaan 2017.

“Walaupun muncul penjaring terbanyak kategori pemain tempatan, tapi impian lebih besar adalah untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan serta memburu trofi kejuaraan musim ini,” katanya.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 9:09pm
d