arena

Jangan risau, Liverpool mampu bangkit

Oleh Reuters

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Liverpool mempunyai kualiti untuk menamatkan kemarau trofi sejak 1990 tetapi mesti teguh bekerjasama bagi menafikan hasrat cabaran juara bertahan Manchester City, menurut kapten West Ham United, Mark Noble.

Liverpool hanya mampu seri 1-1 menentang West Ham awal pagi tadi dan mengumpul 62 mata daripada 25 perlawanan sekali gus hanya tiga mata membezakan mereka dengan City.

Keputusan seri itu yang kedua berturut-turut selepas diikat Leicester City minggu lalu dan Noble menganggap kemerosotan Liverpool akibat harapan terlalu tinggi kelab itu sendiri.

"Liverpool amat terdesak memenangi liga,” kata Noble kepada Sky Sports. Mereka mempunyai peluang terbaik kali ini tetapi penyokong perlu berdiri teguh di belakang pasukan mereka kerana cabaran selepas ini adalah sukar.

"Terutamanya ketika anda mendahului dan berada di puncak. Semua pesaing mengejar anda dan anda tahu City sudah pasti enggan tercicir walau satu perlawanan. Anda perlu teguh bersama.

"Tetapi saya yakin Liverpool akan kembali pulih. Mereka mempunyai skuad yang fantastik dan pengurus bertaraf dunia.”

Disiarkan pada: February 5, 2019 @ 1:14pm
d