arena

Dembele cetus kemaraan Lyon

Oleh AFP

BEKAS penyerang Celtic, Moussa Dembele meneruskan aksi cemerlang dengan gol pembukaan ketika Lyon menyingkirkan Guingamp 2-1 untuk layak ke suku akhir Piala Perancis, awal pagi tadi.

Lyon, yang memburu kejuaraan trofi pertama sejak 2012, akan berdepan Caen pada pusingan lapan terakhir dalam tempoh tiga minggu lagi.

Dembele meletakkan pasukan kendalian Bruno Genesio di depan pada minit ketujuh dengan gol kelimanya dalam enam perlawanan, selepas menyumbat satu gol serta mencipta sepakan penalti ketika mengalahkan Paris Saint-Germain 2-1, hujung minggu lalu.

Maxwel Cornet merembat masuk hantaran silang Ferland Mendy empat minit selepas rehat ketika laluan Guingamp dalam pertandingan piala berakhir di sebalik gol sagu hati lewat daripada Alexandre Mendy.

Penyandang juara PSG, yang berdepan Manchester United pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu depan, memerlukan masa tambahan sebelum menewaskan kelab divisyen tiga Villefranche 3-0 awal pagi semalam.

Disiarkan pada: February 8, 2019 @ 10:09am
d