arena

Tak sangka Messi pun minat Almoez

Oleh Daily Mail

PENYERANG Qatar, Almoez Ali mempunyai peminat baru Lionel Messi selepas eksploitasi golnya pada pusingan akhir Piala Asia.

Almoez menyumbat sembilan gol ketika tuan rumah Piala Dunia 2022 memenangi kejohanan itu buat julung kali, memecahkan rekod sebagai jaringan paling banyak pada satu edisi Piala Asia.

Messi amat teruja dengan pencapaian Almoez hinggakan dia sanggup mengirim pemain berusia 22 tahun itu satu jersi Barcelona khusus yang ditandatanganinya.

Bintang Argentina itu menambah sentuhan tambahan istimewa buat Almoez dengan nama dan tandatangannya jelas boleh dilihat di nombor jersi itu.

Almoez memakai jersi nombor 19 ketika dia memacu kejayaan gemilang Qatar dalam sejarah bola sepak, termasuk gol sepakan gunting ketika menang 3-1 ke atas Jepun pada aksi final.

Jaringan menakjubkan Almoez pada minit ke-12 aksi final itu membantunya mengatasi rekod pemain legenda Iran, Ali Daei yang menjaringkan lapan gol pada edisi 1996.

Rekod pemain kelahiran Sudan itu hadir selepas bantahan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu mengenai kelayakannya mewakili Qatar ditolak oleh Konfederasi Bolasepak Asia beberapa jam sebelum final.

Disiarkan pada: February 8, 2019 @ 12:21pm
d