arena

Kami bukan lagi bahan jenaka : Jones

Oleh Reuters

MANCHESTER United yang sebelum ini dikatakan "bahan jenaka" pada awal musim kini perlu dipandang serius selepas kemenangan Sabtu lalu kepada Fulham yang membolehkan pasukan itu berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, kata pemain pertahanan Phil Jones.

Pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer telah membawa sentuhan positif kepada kelab selepas pemergian Jose Mourinho dan ketika United tidak diberi perhatian pasukan itu mula melebarkan sayap pada kedudukan semakin baik, tambah Jones.

“Ia memang sukar buat semua yang terbabit, kami mungkin menjadi antara pasukan yang dijadikan bahan jenaka pada awal musim, namun tidak ketika ini,” kata Jones kepada media selepas United menang 3-0.

“Kami membuktikannya dalam 10 atau 12 perlawanan ini. Semua pihak harus mengambil serius perkara ini sekarang.”

United memungut 11 mata untuk berada di kelompok empat teratas tatkala Solskjaer mengambil alih tugas pada Disember dan memenangi lapan daripada sembilan perlawanan liga selain berjaya menempatkan kembali pasukan itu dalam slot beraksi di Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak minggu pembukaan.

Kelab itu tidak pernah tewas sejak pelantikan Solskjaer's, menang 10 daripada 11 permainan dalam semua perlawanan dan Jones mengaitkan kejayaan itu kerana pendekatan yang diterapkan pengendali dari Norway itu.

Disiarkan pada: February 11, 2019 @ 4:26pm
d