arena

Awas aksi Mbappe : Tuchel

Oleh AFP

PARIS Saint-Germain (PSG) harus menyesuaikan diri tanpa kehadiran pemain yang dibelenggu kecederaan, Neymar dan Edison Cavani untuk menafikan kebangkitan Manchester United jika juara Perancis itu tidak mahu menderita dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-juara pagi esok.

Kunjungan PSG ke Old Trafford untuk pusingan pertama perlawanan mungkin masa yang kurang baik buat skuad Thomas Tuchel dengan beberapa pemain utama mengalami kecederaan tatkala berdepan pasukan bimbingan pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer itu.

Neymar dijangka terlepas aksi dalam kedua-dua perlawanan berikutan kecederaan kaki yang dialami, turut berada dalam senarai kecederaan Cavani yang mengalami kecederaan pinggang dan kecederaan pemain kebangsaan Belgium Thoms Meunier.

Pemain tengah Marco Verratti, yang kembali beraksi ketika menang bertemu Bordeaux, 1-0 selepas tiga minggu berehat daripada kecederaan dan pemain baru ditandatangani Leandro Paredes dilihat masih kurang menyengat di bahagian serangan.

Dengan pilihan yang terhad adalah perkara yang tidak mungkin akan mahu dihadapi pemilik kelab Qatari yang membelanjakan hampir 400 juta euro (RM1839.95 juta) untuk mendapatkan khidmat Neymar dan Kylian Mbappe pada 2017 dalam usaha menamatkan penantian PSG merangkul Piala Juara-Juara.

Begitupun, ketiadaan bintang Brazil dan Cavani, pastinya tumpuan terarah kepada pemain berusia 20 itu Mbappe untuk menyerlah dalam pentas Liga Juara-Juara sama seperti ketika dia membantu Perancis juara Piala Dunia.

“Ia sebenarnya bukan tugas dia (Mbappe) untuk menggantikan Cavani dan Neymar, dia boleh jadi dirinya sendiri dan yang kedua buat dirinya dalam satu masa,” tegas Tuchel.

“Dia harus diberi peranan bebas untuk beraksi dan bermain dalam penuh keyakinan. Kami perlu membantunya dengan sokongan yang betul dan khidmat yang terbaik.”

“Pada pandangan saya dia perlu bermain dengan pemikiran baik, positif dan realistik kerana ia adalah proses perkembangannya.”

Disiarkan pada: February 12, 2019 @ 11:47am
d