arena

Dortmund tanpa Reus

Oleh Reuters

KAPTEN Borussia Dortmund Marco Reus yang mengalami kecederaan paha terpaksa diketepikan ketika pasukan itu bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara, pagi Khamis, menurut kenyataan kelab itu.

Reus yang menjaringkan 17 gol bersama Dortmund dalam semua perlawanan dan berada dalam senarai penjaring terbanyak kelab mengalami kecederaan ketika tewas kepada Werder Bremen dalam saingan Piala Jerman minggu lalu dan seri 3-3 dengan Hoffenheim di peringkat liga Ahad lalu.

“Kami sudah pasti mahu menggunakan khidmatnya di London, kerana kehadirannya membuatkan lawatan sedikit gusar,” kata pegawai Dortmund Sebastian Kehl.

“Namun kami akan sesuaikan pasukan tanpa kehadirannya.

Jadon Sancho, pemain sayap England berusia 18 tahun yang berjaya menjaringkan lapan gol dan 10 membantu dalam jaringan dalam perlawanan dijangka mengantikan tempat Reus dalam kesebelasan utama.

Kami masih belum mendapat maklumat sama ada Reus bersedia untuk perlawanan kedua pada 5 Mac nanti.

Disiarkan pada: February 12, 2019 @ 4:05pm
d