arena

Di Maria 'hamun' penyokong United [VIDEO]

Oleh Daily Mail

“MEREKA tidak memberikan saya peluang menikmati detik terbaik ketika saya di Old Trafford,” kata pemain Paris St Germain (PSG), Angel Di Maria.

Pemain antarabangsa Argentina itu berkata demikian dalam temu ramah, baru-baru ini bercerita pengalamannya bersama kelab EPL, Manchester United.

Di Maria sebelum ini dianggap ‘pemain gagal’ dalam kalangan penyokong United.

Pemain sayap itu ditandatangani pada harga £59.7 juta (RM313j) dari Real Madrid pada 2014, dikatakan tidak melakukan apa-apa sepanjang setahun berada di United sebelum berhijrah menyertai kelab juara Perancis itu.

Dia berpeluang membalas semula apa terbuku di hatinya selepas pasukannya menewaskan United 2-0 di laman mereka sendiri pada perlawanan peringkat kalah mati 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Pada pra perlawanan, cerita sekadar berkisar bagaimana PSG beraksi tanpa Neymar dan Edinson Cavani.

Bagaimanapun ‘wonderkid’ Perancis, Kylian Mbappe beraksi dengan baik menyumbat satu gol selepas Presnel Kimpembe meletakkan PSG di depan.

Di Maria pula diejek oleh penyokong United sebaik masuk ke padang dan turut dibaling botol minuman ketika beraksi.

Ejekan itu pula menjadi topik hangat menarik perhatian pengulas sukan seperti Gary Lineker, Rio Ferdinand, Owen Hargreaves dan Paul Ince dalam studio BT Sport

Apapun, ia kesilapan yang dibuktikan oleh pemain berkaki kiri itu yang membuat sepakan penjuru yang disambut Kimpembe untuk gol pertama m-53.

Di Maria, 30, menjaringkan gol pada dua perlawanan terakhir Ligue 1 dan memahami falsafah PSG yang mementingkan kepantasan dan bolasepak menyerang.

Pengendali PSG, Thomas Tuchel berkata:” Sudah tentu kami beraksi dengan beberapa penyerang utama tetapi kami tidak menukar identiti kami atas sebab itu,” kata Tuchel.

Di Maria ditugaskan beraksi pada bahagian kiri untuk menyelinap masuk dengan pantas dan menyokong pergerakan Mbappe beraksi di depan Julian Draxler.

Disiarkan pada: February 13, 2019 @ 1:33pm
d