arena

'Tayang duit, emas' gaya Mayweather...

Oleh DM/EJ

JIKA ada perkara disukai oleh Floyd Mayweather, ia sudah tentunya wang dan kemewahan!

Makan tidak hairanlah jika peninju itu suka menayangkan kekayaan serta hartanya di media sosial.

Mayweather, peninju Amerika Syarikat yang tidak pernah tewas dalam 50 perlawanan, melalui kehidupan mewah dengan memiliki kereta paling mahal, rumah dan koleksi jam tangan sepertimana gelaran dirinya 'Money' - suka menunjuk-nunjuk.

Menerusi kiriman foto terbarunya di Instagram, Mayweather, 41, menunjukkan sejumlah wang di kakinya dengan dirinya disaluti emas bersama perhiasan bertatah berlian sambil minum menggunakan gelas emas.

Keterangan gambar ditulisnya berbunyi: “Royalti Sebenar. Segala-galanya saya raih adalah benar, termasuk gelas saya gunakan untuk menghirup adalah emas sebenar dan jika anda tidak suka mengenainya... anda adalah PEMBENCI SEBENAR! Ya, keadaan itu memang teruk”.

Tidak ramai tahu meraih wang singkat seperti Mayweather dan hanya sedikit tahu cara seperti dilakukan oleh peninju itu yang suka menimbulkan rasa tidak senang kepada orang lain.

Mayweather meraih ASD100 juta (RM407j) ketika menewaskan Conor McGregor pada Ogos 2017 sebelum membawa pulang ASD10j (RM41j) pada perlawanan dua disiplin berbeza ketika menundukkan Tenshin Nasukawa di Jepun.

Disiarkan pada: February 13, 2019 @ 7:56pm
d