arena

Spurs selesa, Real menang tipis

Oleh Agensi

TOTTENHAM Hotspur menewaskan Borussia Dortmund, 3-0 manakala Real Madrid mengatasi lawan Ajax, 2-1 dalam saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Wakil England, Spurs yang beraksi di Stadium Wembley memperolehi jaringan pembukaan menerusi bintang Korea, Heung-min Son minit ke-47, sebelum Jan Vertonghen dan pemain gantian, Fernando Llorente menyumbat gol pada minit ke 83 Dan 86 untuk memastikan kemenangan selesa skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.

Dortmund bagaikan hilang rentak tanpa kehadiran kapten dan penjaring terbanyak pasukan Marco Reus yang dilanda kecederaan.

Gergasi Sepanyol, Real Madrid yang berkunjung ke John Cruijff Arena perlu menanti minit ke-60 permainan untuk menjaringkan gol menerusi Karim Benzema yang menerima hantaran Vonicius Junior.

Ajax yang beraksi di gelanggang sendiri menyamakan kedudukan menerusi pemain kebangsaan Maghribi, Hakim Ziyech pada minit ke-70.

Sebelum Marco Asensio yang masuk menggantikan Benzema meledak gawang minit ke-87 memastikan kemenangan Real.

Kesemua pasukan dijangka bertemu pada perlawanan timbal balik aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 6 Mac ini.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 8:09am
d