arena

BAM pertaruh pemain muda

Oleh Ferzalfie Fauzi

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah drastik bagi saingan Kejohanan Berpasukan Campuran Asia dengan tidak menyenaraikan pemain senior baik dari badan induk itu sendiri mahupun wakil profesional.

BAM mengumumkan skuad yang akan beraksi bagi merebut Piala Tong Yun Kai dengan diketuai perseorangan lelaki, Cheam June Wei.

Pemain lain yang disenaraikan adalah Soong Joo Ven (perseorangan lelaki), Lee Ying Ying, Ho Yen Mei (perseorangan wanita), Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (beregu lelaki), Pearly Tan-Yap Ling, Anna Cheong-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, Tang Jie-Peck Yen Wei (beregu campuran).

Menurut Pengarah Teknikal BAM, Wong Choong Hann, penyenaraian pemain muda adalah bertujuan untuk pendedahan dan proses pembelajaran.

“Ini platform terbaik buat mereka untuk belajar sesuatu. Kami harapkan mereka memberikan persembahan terbaik atau melakukan kejutan,” katanya.

Kejohanan Berpasukan Campuran Asia akan berlangsung di Hong Kong dari 19 hingga 24 Mac depan.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 6:38pm
d