arena

Barca sambung kontrak Valverde

Oleh AFP

JUARA Sepanyol, Barcelona menyambung kontrak jurulatih Ernesto Valverde buat semusim lagi dengan pilihan sambungan musim berikutnya.

Valverde, yang mengambil alih di Nou Camp pada 2017 selepas hadir dari Athletic Bilbao, memenangi kejuaraan berganda liga dan piala musim lalu.

“FC Barcelona dan Ernesto Valverde, jurulatih pasukan utama, bersetuju dengan perjanjian untuk menyambung kontrak antara dua pihak bagi semusim lagi (2019-20) dengan pilihan semusim lagi (2020-21),” menurut kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kontrak terdahulu Valverde akan berakhir hujung musim ini.

Beliau hampir mengemudi kejayaan cemerlang Barca tanpa kalah pada musim 2017-18 apabila kekalahan lewat musim di Levante menghalangnya daripada melakar sejarah.

Catatan Barca menjaringkan gol dalam 37 perlawanan berturut-turut dalam liga berakhir Ahad lalu apabila mereka seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao di gelanggang lawan.

Disiarkan pada: February 15, 2019 @ 10:01pm
d