arena

Korda juara Terbuka Australia

Oleh AFP

NELLY Korda menambah pencapaian menakjubkan tradisi keluarganya memenangi beberapa kejuaraan utama dengan memenangi Terbuka Australia dengan dua pukulan di Adelaide dan meraikannya dengan aksi lompatan gunting.

Pemain nombor 16 Amerika itu mempamerkan prestasi cemerlang sejak beberapa bulan lalu dan sudah memperolehi dua kemenangan dan dua daripada berada dalam kelompok tiga teratas dalam lima kejohanan yang disertai.

Dia mencatat pukulan 17 bawah par 271, untuk mengatasi cabaran pemain Korea Selatan, Ko Jin-young, Korda mengikuti jejak ayah, kakak dan abangnya yang pernah mendapat gelaran Juara Terbuka di bumi Australia.

Bapanya, Petr melakukannya dengan memenangi Tenis Grand Slam Terbuka Australia pada 1998, menewaskan Marcelo Rios dan meraikan dengan gaya lompatan gunting.

Kakaknya, Jessica memenangi kejohanan Golf Terbuka Australia 2012, turut meniru gaya bapanya meraikan kemenangan itu, dan abangnya Sebastian mengungguli acara tenis lelaki Terbuka Australia tahun lalu.

Nelly juga melakukan ‘Korda Kick’ selepas pusingan akhir 67. Seminit selepas menyempurnakan pukulan di lubang 18, dia memegang telefon bimbit dan kakaknya melihatnya menerusi Facetime.

Dengan menyatakan: “Saya akhirnya menjadi sebahagian dalam kelab.

“Dia menjerit sekuat hati mengucapkan tahniah, dia sangat gembira untuk saya. Maksud saya kemenangan ini cukup bermakna buat keluarga kami,” katanya.

“Saya fikir ada sesuatu di udara ini, kami suka melakukannya. Saya baru sahaja bercakap dengan bapa dan dia mengucapkan tahniah kerana saya kini dalam kelompok Korda Slam.

Korda yang mendahului sejak semalam menewaskan Ko Jin-young, dengan mendahului dua pukulan dan pemain Taiwan Hsu Wei-ling dengan lima.

Pemain nombor satu Thailand, Ariya Jutanugarn menamatkan permainan pada hanyunan ke 15.

Korda menuju ke Kelab Golf Adelaide’s Grange selepas kejayaan pertama LPGA di Kejuaraan Taiwan Oktober lalu sebelum tempat kedua di Kejohanan Tour di Florida.

Dia memulakan kempen 2019 dengan rentak sama, apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Juara-Juara bulan lalu juga di Florida.

Disiarkan pada: February 17, 2019 @ 7:20pm
d