arena

Monfils ungguli Terbuka Rotterdam

Oleh AFP

GAEL Monfils menewaskan rakan karib, Stan Wawrinka 6-3, 1-6, 6-2 untuk menjuarai Terbuka Rotterdam awal pagi tadi sekali gus gelaran kelapan dalam kariernya.

Bagaimanapun Monfils yang muncul naib juara tiga tahun lalu, ditentang hebat pada set kedua dan akur dengan kepantasan Wawrinka sebelum bangkit dan mencipta kemenangan pada aksi penentuan.

Wawrinka juara edisi 2015 yang baru pulih daripada pembedahan lututnya sejak 18 bulan lalu beraksi di pentas tertinggi a sejak aksi terakhir di Roland Garros pada Jun 2017.

Aksi final itu juga buat julung kalinya mempertemukan dua pemain bukan pilihan untuk berebut gelaran sejak 11 tahun lalu.

Monfils, 32, tidak menghiraukan kecederaan pergelangan tangan kirinya untuk meraih kemenangan selepas menelan ubat penahan sakit sepanjang minggu.

Pemain ranking 33 dunia itu bertarung sejam 15 minit sebelum mengatasi juara tiga kali, Wawrinka sekali gus menjulang trofi pertamanya tahun ini selepas kejayaan di Terbuka Qatar di Doha, tahun lalu.

Pemain Perancis itu mendahului set pertama sebelum Wawrinka menang 6-1 di set kedua.

Namun Monfils bangkit di set ketiga dan menguasai permainan untuk mendahului 2-1 dan seterusnya menambah mata 5-2 sebelum memastikan sahabat baiknya dari Switzerland itu mengaku kalah pada kedudukan 6-2.  AFP

Disiarkan pada: February 18, 2019 @ 9:08am
d