arena

Indonesia mahu tewaskan Malaysia

Oleh Firdaus Hashim

Phnom Penh : Selepas seri 1-1 dengan Myanmar pada aksi pertama, Indonesia tanpa berselindung mengakui turut mengimpikan kemenangan ke atas Malaysia buat menjamin tempat mereka ke separuh akhir Piala LG B-22 AFF pada edisi kali ini.

Jelas pengendali skuad Garuda Muda, Indra Sjafri, buruan tiga menjadi fokus utama pemainnya dalam aksi kedua Kumpulan B, esok dengan beliau bakal membuat sedikit rombakan ke dalam pasukan.

"Pasti akan ada perubahan dan kita akan perbaiki esok (aksi menentang Malaysia).

Saya tahu kelebihan Malaysia kerana kita sering bertemu.

"Ia kemenangan yang kita mahu apabila menentang Malaysia. Kalau kita mahu mara pemain mesti usaha," katanya ditemui sejurus tamat aksi menentang Myanmar, semalam.

Sudah pasti, keinginan tinggi Indra itu membayangkan halangan sukar yang bakal ditempuhi oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tewas mengejut 0-1 kepada Kemboja.

Skuad negara kini menghuni tangga tercorot kumpulan selepas Indonesia dan Myanmar meraih satu mata dengan Kemboja muncul pendahulu hasil tiga mata ke atas Malaysia.

Disiarkan pada: February 19, 2019 @ 6:04pm
d