arena

Neymar 'meraung' dua hari

Oleh AFP

NEYMAR “menangis dua hari” selepas kecederaan kaki kanan buat kali kedua Januari lalu, katanya kepada televisyen Brazil, semalam.

Bintang Paris Saint-Germain berusia 27 tahun itu sedar kecederaan metatarsal sama seperti dialaminya pada Februari 2018 memerlukan pembedahan dan ia serius.

“Ia lebih rumit. Kali pertama saya cedera saya kata, ‘saya akan menjalani pembedahan, ia perlu dirawat secepat mungkin’. Saya tidak sedih,” katanya kepada Globo TV.

“Kali ini, ia lebih menyukarkan. Saya menangis selama dua hari di rumah.”

Kecederaan dialami ketika menang aksi Piala Perancis ke atas Strasbourg pada 23 Januari lalu menyebabkan penyerang Brazil itu diketepikan selama 10 minggu. PSG berharap dia pulih sepenuhnya untuk kembali bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara, April depan.

Kali ini, staf perubatan kelab itu memutuskan untuk melakukan rawatan konservatif dan bukannya pembedahan.

Tahun lalu, Neymar berehat hingga tiga minggu selepas pembedahan, kembali tepat pada masanya untuk beraksi pada Piala Dunia di Russia.

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 10:16am
d