arena

Vettel cuak penampilan Leclerc

Oleh AFP

SEBASTIAN Vettel menganggap rakan sepasukan baru di Ferrari, Charles Leclerc sebagai “musuh utama” ketika pemandu Jerman itu bersiap sedia untuk memburu kejuaraan Formula Satu dunia buat kali kelima.

Leclerc muncul pemandu terpantas pada hari kedua ujian pramusim di Barcelona semalam, mencatat 0.1 saat lebih pantas daripada catatan Vettel 24 jam terdahulu.

Vettel berada dalam musim kelimanya bersama Ferrari sejak meninggalkan Red Bull pada 2014, berakhir di tangga kedua di belakang Lewis Hamilton bagi dua musim terakhir.

Leclerc yang berusia 21 tahun menggantikan Kimi Raikkonen di pasukan pengeluar Itali itu selepas bertindak baik bersama Saubar pada musim sulungnya dengan 10 mata.

“Sudah tentu (Leclerc) musuh utama,” kata Vettel. “Saya fikir ada sebabnya dia berada di sini dan saya perlu menanganinya secara serius.

“Tapi saya fikir anda sering mempunyai saingan hebat dengan rakan sepasukan anda dan keutamaan adalah untuk melonjakkan pasukan.

“Saya sudah agak lama berbanding dia, jadi ia satu perkara berbeza mungkin dia lebih bersemangat pada awalnya... saya yakin dia cukup pantas dan memberi tekanan kepada saya jadi anda hanya perlu tunggu dan lihat.”

Vettel bermula mengagumkan pada kempen 2018 sebelum beberapa siri kesilapan individu dan pasukan menyaksikannya tewas perebutan kejuaraan di tangan pemandu Mercedes, Hamilton dengan perbezaan 88 mata.

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 11:19am
d