arena

Osaka terkandas Kejohanan Dubai

Oleh AFP

NAOMI Osaka kalah teruk pada perlawanan pertamanya sejak memenangi Terbuka Australia dan memecat jurulatihnya ketika pemain nombor satu dunia itu tersingkir daripada Kejohanan Dubai, awal pagi tadi.

Pemain Perancis berpangkalan di Dubai, Kristina Mladenovic menang 6-3, 6-3 untuk layak ke pusingan ketiga ketika Osaka melakukan 25 kesilapan.

Kekalahan itu, yang turut menyaksikan tujuh servis Osaka dipatahkan, mengambil masa tidak sampai sejam sekali gus membantu Mladenovic mara bertemu Carla Suarez Navarro hari ini.

“Saya bermain terlalu teruk, anda ada hari-hari sebegini. Anda hanya perlu mencari jalan bagaimanapun untuk menang tidak kira apa situasi sekalipun,” kata Osaka.

“Servis saya satu petaka. Saya tidak berlatih dengan baik akhir-akhir ini, ia patut menjadi ketika perlawanan. Saya berharap ia berlaku tapi tidak.

“Tapi jika saya tidak menang lagi selepas ini, saya tidak bimbang. Saya masih muda. Saya berasakan masih banyak perlu dipelajari.

“Selepas kalah perlawanan sebegini teruk, saya hanya menanti kejohanan berikutnya.”

Osaka mengejutkan dunia tenis minggu lalu apabila mengumumkan dia berpisah dengan jurulatih Sascha Bajin di sebalik dua kejuaraan Grand Slam berturut-turut Terbuka AS dan Australia.

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 12:32pm
d