arena

McIlroy satu pukulan di depan

Oleh AFP

RORY McIlroy membenam tujuh birdie dan satu eagle menakjubkan dalam laluan mencatat lapan bawah par 63 sekali gus mendahului satu pukulan di depan Dustin Johnson pada Kejohanan Mexico-WGC, awal pagi tadi.

McIlroy, bekas pemain nombor satu dunia yang kini menghuni ranking kelapan dunia dan memburu kemenangan pertama sejak Jemputan Arnold Palmer Mac lalu, melakukan pukulan sejauh 307 ela menggunakan 2-iron di lubang ke-10 par-empat, lubang pertamanya pada saingan di Kelab Golf Chapultepec.

Ia singgah di depan green dan kelihatan seperti mahu masuk ke lubang namun McIlroy akhirnya membenam eagle dari jarak enam kaki.

Kesilapan tunggalnya pada pusingan pertama adalah bgey di lubang keenam namun dia bangkit dengan birdie dari jarak 20 kaki di lubang kedua terakhirnya, lubang kelapan, untuk mendahului juara 2017 Johnson dengan satu pukulan.

Johnson membenam tujuh birdie tanpa bogey dalam laluan mencatat 64 untuk unggul dua pukulan di depan Justin Thomas dan Matt Kuchar.

Tiger Woods menerima tepukan gemuruh daripada peminat di kotak tee pertama, yang mana dia diperkenalkan bagi penampilan kompetitif pertamanya di Mexico dengan laungan “Tiger! Tiger! Tiger Woods.”

Dia bagaimanapun bermula buruk apabila pukulan pertamanya terkeluar dalam laluan mencatat double bogey pada lubang pertama. Dia bangkit dengan tiga birdie berturut-turut di lubang keempat, kelima dan keenam sebelum merakam par 71.

Juara bertahan Phil Mickelson, yang mengatasi Thomas menerusi playoff tahun lalu, bermula teruk dengan lapan atas par 79.

Disiarkan pada: February 22, 2019 @ 9:54am
d