arena

Undian 16 terakhir Liga Europa

Oleh AFP

ARSENAL akan berdepan kelab Perancis Rennes dalam undian 16 pasukan terakhir Liga Europa di Paris hari ini sementara Chelsea bakal menentang Dynamo Kiev.

Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris itu akan beraksi di laman sendiri pada pusingan pertama 7 Mac depan manakala perlawanan timbal balik dijadualkan pada 14 Mac.

Antara perlawanan lain membabitkan bekas finalis Piala Eropah Eintracht Frankfurt yang diundi menentang Inter Milan.

Undian 16 pasukan terakhir Liga Europa

• Chelsea (ENG) mln Dynamo Kiev (UKR)

• Eintracht Frankfurt (GER) mln Inter (ITA)

• Dinamo Zagreb (CRO) mln Benfica (POR)

• Napoli (ITA) mln Salzburg (AUT)

• Valencia (ESP) mln FC Krasnodar (RUS)

• Sevilla (ESP) mln Slavia Prague (CZE)

• Arsenal (ENG) mln Rennes (FRA)

• Zenit Saint Petersburg (RUS) mln Villarreal (ESP)

Disiarkan pada: February 22, 2019 @ 9:24pm
d