arena

MOM tetap lobi karate, skuasy

Oleh Farah Suhaidah Othman

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan berputus asa sebaliknya terus melobi bagi memastikan acara karate dan squasy terus dipertandingkan dalam sukan tambahan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata beliau secara peribadi agak kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggugurkan skuasy dan karate kerana kedua-dua sukan itu diyakininya mempunyai kekuatan dalam sukan beprestij itu.

Bagaimanapun katanya, negara tuan rumah iaitu Perancis berhak mencadangkan beberapa acara sukan termasuk [breakdance’ sebagai sukan tambahan namun keputusan senarai akhir acara sukan terletak pada keputusan mutlak IOC.

“Saya kira keputusan mutlak adalah di peringkat IOC keraan ia melalui proses demokratik, yang membabitkan semua negara di seluruh dunia.

“Kita akan menyokong terutama dalam sukan skuasy dan karate untuk diterima masuk dalam Olimpik, apapun kita harus melalui proses ditentukan IOC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 di Arena Badminton Perak di sini hari ini.

Acara ‘breakdancing’ dijemput untuk menyertai sukan baharu dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan perkara itu disahkan Ketua Jawatankuasa penganjur Paris 2024, Tony Estanguet pada Khamis lalu yang menyatakan sukan berkenaan mampu menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ dan artistik.

Disiarkan pada: February 23, 2019 @ 9:17pm
d