arena

Pengadil tak 'goyang'    

Oleh Syazwan Msar

“SAYA sudah siasat mengenai perkara itu dan setakat ini pengadil yang mengadili perlawanan terbabit mengambil keputusan betul berdasarkan kekasaran dilakukan pemain lawan di dalam kotak penalti , ” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM) Md Dali Wahid.

Beliau mengulas usikan ‘Jenalti ’ oleh warganet dan penyokong bola sepak tempatan, susulan pasukan Johor Darul Ta ’zim (JDT) yang memperoleh empat sepakan penalti daripada tiga perlawanan Liga Super berdepan Kuala Lumpur, Terengganu FC (TFC) dan Melaka United

(MU).

Md Dali berkata, pengadil tidak pernah tunduk atau ‘goyang ’ kepada pasukan tertentu dalam Liga Malaysia (Liga M) hingga terpaksa memberi kelebihan atau menjadi ‘pemain ke 12’ skuad terbabit seperti didakwa sesetengah pihak.

Malah, beliau berkata, setiap perlawanan Liga M diadili pengadil berwibawa dan bersikap profesional tanpa sebarang prejudis atau pilih kasih selain memastikan setiap keputusan tidak

dipengaruhi mana-mana pihak .

Katanya, pengadil antara subjek yang sentiasa menjadi bahan utama untuk dipersalahkan apabila keputusan tidak memihak kepada pasukan tertentu termasuk menerima pelbagai tuduhan tidak berasas hingga menjejaskan kredibiliti mereka .

“Istilah hadiah bagi sepakan penalti adalah tidak munasabah kerana keputusan itu sebenarnya hukuman kepada kesalahan dilakukan pemain .

“Setiap perlawanan yang menimbulkan keraguan akan disiasat secara terperinci namun setakat ini keputusan pengadil memberikan sepakan penalti adalah wajar dan jelas ada kesalahan dilakukan pemain, ” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan

Ismail menerusi laman Johor Southern Tiger mengakui bahawa satu daripada sepakan

penalti ketika menentang TC FC mungkin dilabelkan sebagai ‘soft ’.

“Namun, mereka yang memahami peraturan bola sepak akan bersetuju bahawa untuk sepakan

penalti yang lain, sememangnya ia perlu diberikan kepada JDT. Bagaimana boleh dikatakan JDT telah ‘dihadiahkan ’ penalti apabila pasukan lawan melakukan kekasaran?” katanya .

Disiarkan pada: February 26, 2019 @ 11:29am
d