arena

Serme kecewakan Nicol

Oleh Azlan Muhammad Zain

IA mungkin penamat yang tidak diingini ratu skuasy negara, Datuk Nicol David di Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 selepas terkandas pada pusingan ketiga, awal pagi ini.

Pada kejohanan yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS), Nicol bermula dengan baik apabila menang set pertama 11-9 menewaskan pemain kelima dunia, Camille Serme dari Perancis.

Namun lawan bangkit dalam tiga set berikutnya untuk menewaskan Nicol dengan keputusan 4-11, 4-11,5-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit.

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang kini di ranking ke-21 dunia mengumumkan persaraannya penghujung musim nanti adalah juara dunia lapan kali kejohanan iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Terdahulu Nicol menewaskan Millie Tomlinson dari England 11-5, 11-4, 11-7 di pusingan kedua selain menyingkirkan Menna Nassir dari Mesir juga dalam aksi tiga set pada pusingan pertama.

Disiarkan pada: February 27, 2019 @ 8:45am
d