arena

Nadal pamer rentak kemenangan

Oleh Reuters

RAFAEL Nadal langsung tidak menunjukkan aksi ‘berkarat’ dalam aksi pertama dalam bulan ini ketika pemain pilihan utama itu mudah menewaskan Mischa Zverev 6-3, 6-3 di Acapulco International, Mexico, pagi ini.

Nadal beraksi buat pertama kali sejak kekalahan kepada Novak Djokovis dalam final Terbuka Australia, pernah beraksi di final dalam tiga penampilan di Acapulco dan memiliki rekod penampilan 15-1 dalam kejohanan.

Pemain nombor dua dunia itu akan berhadapan Nick Kyrgios dalam pusingan ke 16 selepas pemain Australia itu mengalahkan pemain Itali, Andreas Seppi 6-3, 7-5.

Pilihan kedua Alexander Zverev hanya hilang satu mata ketika mendominasi kemenangan ke atas Alexei Popyrin, 6-3, 6-3 manakala pemain pilihan ketiga, John Isner merakamkan 18 aces untuk menang 6-3, 4-6, 6-3 ke atas pemain Perancis, Adrian Mannarino.

Isner akan berdepan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Sam Querrey yang menewaskan Guillermo Garcia-Lopez 6-3, 6-2.

Pemain pilihan keempat, Diego Schwartzman memerlukan lebih dua jam untuk mara menewaskan Marius Copil 6-3 4-6 6-1.

Schwartzman kembali beraksi selepas mengalami kecederaan kaki kanan yang memaksa dia berehat dari beraksi di Terbuka Rio minggu lalu, sekaligus tidak dapat mempertahan gelaran yang dimenangi di kejohanan itu sebelum ini.

Dia akan berhadapan Briton Cameron Norrie, yang mengalahkan pemain Jepun, Yoshihito Nishioka 6-2 2-6 6-2.

Disiarkan pada: February 27, 2019 @ 3:07pm
d