arena

Ramos digantung dua perlawanan

Oleh Reuters

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan kerana ‘sengaja mengundang kesalahan kad kuning’ menurut kenyataan yang dikeluarkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) semalam.

Ramos menerima kad kuning selepas melakukan kekasaran ke atas Kasper Dolberg pada lewat permainan ketika pasukan itu menang 2-1 di Ajax Amsterdam dalam perlawanan pertama saingan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Sebagai hukuman, pemain berusia 32 tahun itu digantung daripada beraksi pada perlawanan timbal balik minggu depan.

Bagaimanapun ia turut menyempitkan peluang buat pemain itu beraksi dalam perlawanan penting dalam pertandingan itu, memandangkan hukuman itu dilaksanakan sehingga peringkat suku akhir.

Dalam satu temubual televisyen selepas perlawanan, Ramos berkata : “Melihat pada keputusan saya berbohong jika mengatakan ia berlaku secara tidak disengajakan.”

Pemain pertahanan itu kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bermaksud melakukan kesalahan itu dengan terpaksa tetapi bukan bermaksud untuk mendapatkan kesalahan kad kuning.

Hukuman UEFA itu bermakna Ramos digantung untuk aksi timbal balik bertemu Ajax minggu depan di Santiago Bernabeu dan digantung dari beraksi pada perlawanan pertama suku akhir yang pastinya sedikit menjejaskan persiapan juara Eropah itu untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 10:13am
d