arena

Federer diberi tentangan sengit Fucsovics

Oleh Reuters

ROGER Federer bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menewaskan Marton Fucsovics 7-6(6) 6-4 seterusnya mara ke separuh akhir dalam Kejohanan Tenis Terbuka Dubai, semalam.

Kedua-dua pemain beraksi baik dengan masing-masing berjaya memungut mata sehingga menjadikan kedudukan terikat pada set pembukaan. Federer berjaya memperolehi dua mata penting dalam set penentuan sehingga membolehkan dia melangkah satu peringkat lagi dalam kejohanan itu.

Saingan sengit daripada lawan menyaksikan kedudukan terikat 4-4 pada set kedua namun Federer menggandakan asakan bagi membolehkannya menambah mata 5-4 seterusnya menamatkan permainan dalam masa satu jam 56 minit.

Pemenang 20 kali kejuaraan Grand Slam itu dalam misi mencatat kemenangan ke 100 di ATP akan berhadapan pemenang suku akhir antara pilihan keenam Borna Coric dan pemain Georgia, Nikoloz Basilashvili.

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 2:47pm
d