arena

Sarri terus sisih Arrizabalaga?

Oleh Agensi

MAURIZIO Sarri enggan mengesahkan sama ada Kepa Arrizabalaga tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Fulham selepas diketepikan ketika menewaskan Tottenham 2-0 di Stamford Bridge.

Willy Caballero yang mengambil alih tugas penjaga gol Chelsea beraksi cemerlang selepas Sarri menghukum Kepa apabila dia enggan digantikan Caballero dalam aksi final Piala Liga minggu lalu.

Bagaimanapun, Sarri menegaskan kontroversi membabitkan penjaga gol termahal dunia itu telah berakhir tetapi enggan mengesahkan kedudukan Arrizabalaga di Craven Cottage.

“Seperti saya katakan selepas tamat perlawanan kelmarin, situasi Kepa ditutup,” kata Sarri menjelang pertembungan ‘derby’ London.

“Kepa penjaga gol utama kami tetapi kami amat gembira dengan Willy. Kini kami tahu kemampuannya beraksi dalam perlawanan sukar.

“Saya yakin Kepa boleh beraksi dalam satu atau dua perlawanan lagi.”

Ketika ditanya sama ada beliau membuat keputusan menyenaraikan Kepa ke dalam skuad utama, Sarri berkata: “Tidak buat saat ini. Saya mahu melihat dua sesi latihan lagi.”

Disiarkan pada: March 2, 2019 @ 12:44am
d