arena

Aubameyang punca tak dapat tiga mata...

Oleh EJ

LONDON: Arsenal gagal memanfaatkan peluang meraih tiga mata selepas terikat 1-1 pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, malam ini.

Hugo Lloris menjadi wira Tottenham selepas menafikan sepakan penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada penghujung perlawanan yang jelas mengecewakan penyokong The Gunners.

Arsenal mendahului m-16 menerusi jaringan Aaron Ramsey manakala Spurs menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten Harry Kane m-74.

Kedudukan itu meletakkan Tottenham kekal di tangga ketiga (61) dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mendahului empat mata di depan The Gunners (57) .

Arsenal juga terpaksa bermain 10 pemain selepas Lucas Torreira dilayangkan kad merah kerana mengasari Danny Rose.

Disiarkan pada: March 2, 2019 @ 10:52pm
d