arena

Soon Huat, Shevon tidak pertahan gelaran

Oleh Ferzalfie Fauzi

PEMAIN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terlepas peluang untuk pertahankan gelaran Terbuka Jerman apabila kalah di separuh akhir, pagi ini.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kelima tumpas straight set 17-21, 12-21 di tangan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.

Malaysia mempunyai tiga wakil di separuh akhir namun perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut kecundang.

Minggu depan Jin Wei dan Soon Huat-Shevon akan mengambil bahagian di Seluruh England.

Disiarkan pada: March 3, 2019 @ 7:41am
d