arena

Milan atasi Sassuolo

Oleh Reuters

AC Milan merampas kedudukan ketiga carta liga Serie A daripada pencabar terdekat Intan Milan selepas kejayaan menewaskan lawan Sassuolo, 1-0 yang beraksi dengan 10 pemain di San Siro, pagi ini.

Gol sendiri oleh Pol Lirola pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan barisan pemain bimbingan Gennaro Gattuso memungut tiga mata tatkala penjaga gol pelawat Andrea Consigli dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran beberapa minit selepas perlawanan separuh masa kedua berlangsung.

Inter berdepan kekalahan ke atas Cagliari, 2-1 di gelanggang lawan kelmarin, sekali gus membolehkan jirannya melonjak dengan kelebihan satu mata di depan dan berada dalam kelompok tiga teratas ketika Milan meneruskan aksi cemerlang tanpa kekalahan dalam sembilan perlawanan di Serie A.

Gianluigi Donnarumma menidakkan cubaan pemain Sassuolo daripada mendahului menerusi cubaan Filip Djuricic selepas 22 minit permainan berlangsung, sebelum Lirola menjaringkan gol sendiri susulan sepakan sudut pada minit ke-36.

Jeremie Boga mempunyai peluang terbaik melakukan jaringan sebelum babak pertama berakhir namun berada di kedudukan ofside.

Peluang Sassuolo untuk mengubah kedudukan tampak lebih sukar selepas Consigli yang membenarkan lambungan bola melepasi jangkaannya ketika di luar kotak penalti dan cubaan menyelamatkan gol menyebabkan penjaga gol itu melakukan kekasaran ke atas Krzysztof Piatek menyebabkannya ditunjukkan jalan keluar padang pada separuh masa kedua permainan.

Kemenangan itu membolehkan Milan berada di tangga ketiga dengan 48 mata, manakala Sassuolo kekal di tangga ke-11 dengan 31 mata.

Dalam satu lagi perlawanan Empoli bangkit dari ketinggalan untuk memaksa keputusan seri 3-3 menentang Parma di Stadium Castellani sekali gus membolehkan pasukan itu berada di tangga ke-17 dengan perbezaan empat mata mengatasi pasukan dalam zon penyingkiran.

Disiarkan pada: March 3, 2019 @ 8:23am
d