arena

Bayern hambat Dortmund

Oleh AFP

THOMAS Mueller berkata, dia terkejut apabila pasukannya, Bayern Munich kembali mencabar pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund ketika kelebihan sembilan mata milik lawannya itu sudah berakhir.

Bayern kini sama mata dengan Dortmund, selepas membelasah Borussia Moenchengladbach, 5-1, pagi ini.

Manakala Dortmund, mengalami kekalahan mengejut kepada Augsburg, 2-1 pada Jumaat lalu.

Bayern menggunakan kelebihan ketika Dortmund tewas dengan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol dan Javi Martinez, Mueller serta Serge Gnabry juga menemui sasaran di Borussia Park.

“Ia hari yang baik buat kami. Saya tidak ingat bila kali terakhir kami menang besar di Moenchengladbach,” kata Mueller.

“Kami tidak fikir boleh mengejar Dortmund dengan begitu cepat. Kami lebih baik ketika ini berbanding musim luruh lalu dan kami mahu meneruskannya.”

Ini adalah kemenangan ke-11 buat Bayern daripada 12 perlawanan liga, rentetan perlawanan yang membolehkan mereka memadam kelebihan sembilan mata Dortmund dicapai pada Disember dengan hanya dibezakan jaringan gol kedua-dua pasukan kini mengumpul 54 mata.

Disiarkan pada: March 3, 2019 @ 9:27am
d