arena

Jorginho wira The Blues

Oleh Agensi

FULHAM yang dikendalikan jurulatih sementara, Scott Parker menghampiri zon penyingkiran selepas tewas kepada Chelsea 2-1 di Craven Cottage, sebentar tadi. Gonzalo Higuain menjaringkan gol pendahuluan selepas mendapat hantaran Cesar Azpilicueta pada minit ke-20 namun Fulham yang memecat Claudio Ranieri Khamis lalu enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Calum Chambers tujuh minit selepas itu.

Namun kedudukan itu hanya bertahan empat minit apabila Jorginho merembat gol kedua Chelsea pada minit ke-31 sekali gus kemenangan pertama mereka di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana tahun ini.

Chelsea kini hanya dua mata memisahkan mereka dengan pasukan di tangga keempat.

Penyokong tuan rumah kecewa apabila jaringan Ryan Sessegnon pada minit kecederaan tidak disahkan pengadil selepas didapati ‘ofside’.

Walaupun mengalami kekalahan kali ke-20 dalam liga, penyokong Fulham tetap memberikan tepukan gemuruh selepas skuad itu mempamerkan prestasi lebih cemerlang sehingga memaksa penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga bekerja keras sepanjang perlawanan.

Disiarkan pada: March 4, 2019 @ 12:34am
d