arena

Solari congak nasib

Oleh AFP

MASA depan Santiago Solari kini tergantung kepada sejauh mana kemampuan Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara namun dua kekalahan kepada Barcelona dalam tempoh empat hari kembali bagai mengulangi penyakit lama.

Selepas tersingkir daripada Piala Raja Sepanyol dan menjejaskan peluang mereka dalam perburuan gelaran, kekalahan ketiga mungkin meranapkan harapan Madrid musim ini dalam tempoh seminggu.

“Kami perlu bertindakbalas,” kata pertahanan Dani Carvajal.

“Ia mungkin antara minggu paling sukar buat saya di sini.”

Ajax sepatutnya kalah lebih teruk berbanding 1-2 di Amsterdam, di mana menurut teori meletakkan lawan mereka di depan menjelang aksi kedua awal pagi Rabu.

Namun tiga kekalahan berturut-turut di Santiago Bernabeu buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun akan membuat Madrid tidak senang duduk.

Begitu juga dengan Solari, yang diberikan kontrak sehingga 2021 apabila dilantik lima bulan lalu mungkin tidak mampu bertahan sehingga semusim, jika Ajax melakukan yang mustahil dan mara ke suku akhir.

Kritikan Jose Mourinho ketika menjadi tamu bEIN Sports untuk aksi terbaharu Clasico dilihat sebagai oportunis tetapi realitinya beliau masih disanjung di Real.

Tidak seperti calon pengganti lain, beliau juga boleh mula mengendalikan kelab itu bila-bila masa.

Malah Solari sedar Madrid pernah mengalami nasib sama sebelum ini.

Musim lalu, skuad kendalian Zinedine Zidane tersingkir lebih awal dalam aksi Piala Raja Sepanyol, kepada Leganes, bukan Barcelona. Mereka juga ketinggalan dalam La Liga.

Namun kemenangan di Eropah ke atas Paris Saint Germain dan Juventus membayangi kegagalan itu dan kejayaan menewaskan Liverpool pada final dilihat memberikan kelebihan total kepada mereka.

Disiarkan pada: March 4, 2019 @ 10:56am
d