arena

Sanchez terus 'hilang'

Oleh Reuters

PENYERANG Manchester United Alexis Sanchez terpaksa menjadi penonton selama lapan minggu susulan kecederaan ligamen lutut, menurut jurufisioterapi pasukan kebangsaan Chile.

Sanchez,30, cedera ligamen medial lutut kanannya ketika United menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu tetapi dijangka cergas untuk mewakili Chile pada Copa America yang bermula 14 Jun depan, kata jurufisoterapi Pedro Onate kepada akhbar Chile El Mercurio.

Sanchez mungkin kembali untuk dua perlawanan liga terakhir United menentang Huddersfield Town dan Cardiff City, namun sebarang gangguan terhadap proses pemulihannya bermakna aksi Ahad lalu adalah yang terakhir buatnya musim ini.

United sudah pun kehilangan sejumlah pemain untuk perlawanan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain awal pagi Khamsi akibat kecederaan dan pemain tengah Paul Pogba turut digantung perlawanan.

Mereka kini ketinggalan 0-2 kepada PSG secara agregat selepas tewas aksi pertama di Old Trafford.

Disiarkan pada: March 5, 2019 @ 11:58am
d