arena

Dulu Aguero kahwin anak Maradona, sekarang....

Oleh The Sun

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero kini dikatakan ‘berdating’ dengan Taylor Ward iaitu anak perempuan bekas penyerang kelab Crewe Alexandra, Ashley Ward.

Dia sebelum ini mengahwini anak perempuan legenda Argentina, Diego Maradona sebelum keluar bersama Taylor.

Rakan-rakannya mengatakan penyerang Manchester City berusia 30 tahun itu ada kalanya keluar dengan Taylor, 21.

Sumber memberitahu: “Dua minggu lalu mereka dilihat mengunjungi spa harian bersama.

“Foto mereka juga berada dalam Instagram rakan mereka sebelum Krismas lalu.”

Sergio, penyerang Argentina mengahwini anak bongsu Maradona Gianinna, 31, pada 2008.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki tetapi bercerai pada 2012.

Maradona pula berkongsi gelaran Pemain Terhebat FIFA Abad Ini bersama pemain handalan Brazil, Pele, 78, pada 2000.

Ashley, 48, bapa kepada Taylor yang juga bintang Real Housewives of Cheshire mencipta nama sebagai penyerang dalam Liga Kejuaraan bersama kelab Crewe Alexandra.

Detik paling diingati adalah ketika dia menjaringkan gol untuk Barnsley, terlepas sepakan penalti dan dibuang padang dengan semuanya berlaku dalam tempoh lima minit sahaja ketika menentang Sunderland pada 1998.

Disiarkan pada: March 5, 2019 @ 7:47pm
d