arena

Tahniah Solskjaer...[VIDEO]

Oleh DM/EJ

BUKAN andainya tetapi ‘hanya menunggu masa saja’!

Dengan lenggok senyuman terukir di wajah, Ole Gunnar Solskjaer kini berdebar menanti detik untuk dilantik sebagai pengurus tetap sepenuh masa Manchester United.

Kemenangan United pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan Solskjaer calon utama selepas mengubah pencapaian kelab lamanya sejak mengambil tanggungjawab pengendali sementara pada Disember lalu.

Pengendali berusia 46 tahun itu mengadakan perbincangan dengan naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward di sebuah hotel di Paris, kelmarin.

Dia turut bercakap dengan pengerusi bersama Avram Glazer selepas perlawanan itu.

Biarpun Woodward tidak memberikan sebarang kenyataan ketika bergambar bersama peminat di lapangan terbang di Paris, pemain skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yakin Solskjaer akan kekal.

“Saya rasa ia sudah ditentukan,” kata penyerang Romelu Lukaku.

“Saya rasa dia akan mendapatnya dan sepatutnya mendapatnya. Kami menang di Tottenham, Chelsea di tempat lawan, Arsenal pada Piala FA dan kini pada UCL, apa lagi kami perlu buat?'

Solskjaer menang 14 daripada 17 perlawanan sejak tiba secara pinjaman dari Molde dan hanya tewas sekali ketika United melonjak dalam kedudukan empat teratas EPL serta ke suku akhir UCL dan Piala FA.

Disiarkan pada: March 8, 2019 @ 12:56pm
d