arena

Romario 'Hulk Brazil' cabar Sajad 'Hulk Iran' [VIDEO]

Oleh The Sun/EJ

MANUSIA gergasi mendapat gelaran ‘Hulk Iran’ berpeluang mencapai impian bertarung dalam gelanggang segi lapan (Octagon) MMA apabila atlet bina badan dari Brazil menyahut cabarannya.

Nama Sajad Gharibi menjadi tumpuan media sosial disebabkan susuk fizikal seperti si gagah perkasa Incredible Hulk dalam filem adiwira Amerika Syarikat berdasarkan komik fiksyen Marvel.

Pencabarnya dari Amerika Selatan itu, Romario dos Santos Alves juga dikenali sebagai ‘Hulk Brazil' mencabar Sajad untuk bertarung di gelanggang MMA dalam pertarungan Battle of the Giants.

Sajad, 27 berketinggian 6 kaki 2 inci (188sm), memiliki berat badan 178kg mempunyai seramai 430,000 pengikut di Instagram.

Lelaki Iran sasa itu cuba untuk mendapatkan wang menerusi populariti dimiliki dengan bertarung di gelanggang tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pencabar setanding saiznya.

Bagaimanapun, hajatnya itu tercapai apabila Romario menyahut cabarannya.

Romario sebelum ini bertugas sebagai pengawal keselamatan yang kurus cekeding sehinggalah dia melakukan latihan di gimnasium serta mendapat bantuan suntikan.

Dia kini berubah apabila memiliki otot bicep berukuran 25 inci.

Malah, dia sebelum ini tiada niat untuk berlawan dengan lelaki sasa Iran itu.

Namun, lelaki Amerika Selatan itu, baru-baru ini mengirimkan mesej ke media sosial sudah bersedia menyahut cabaran Sajad.

Dia berkata: “Saya akan mencapai 120 kilogram dan saya mengirimkan mesej kepada anda kerana Hulk Iran itu mencabar saya”.

“Saya akan mencapai 120kg dan dia akan menurun kepada 120kg.

“Saya pasti akan menewaskan dia."

Disiarkan pada: March 8, 2019 @ 7:04pm
d