arena

UiTM seri bertemu Kelantan

Oleh BERNAMA

SKUAD Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas seri 3-3 dengan Kelantan dalam aksi Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan UiTM FC memintas kedudukan Selangor United di tangga ketiga menerusi kelebihan jaringan walaupun kedua-dua pasukan berkongsi 10 mata selepas lima perlawanan.

Pemain import dari Montenegro, Zarko Korac meledak jaringan hatrik untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-11, ke-24 dan ke-83.

Manakala tiga gol Kelantan dihasilkan oleh Flavio Beck Junior pada minit ke-35 dan ke-81 serta Nik Azli Nik Alias pada minit ke-78.

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 12:05am
d