arena

Risiko keselamatan pelumba

Oleh AFP

JUARA dunia, Marc Marquez berkata penunggang akan berdepan “risiko tidak sepatutnya” dengan masa perlumbaan lebih lewat bagi saingan pembukaan MotoGP Qatar, sehari selepas berlakunya kemalangan pada sesi kelayakan, awal pagi ini.

Rakan senegaranya, Maverick Vinales dari Sepanyol berada di petak utama bagi perlumbaan nanti sementara Andrea Dovizioso akan bermula di tempat kedua dan Marquez di petak ketiga.

Vinales yang mewakili Yamaha mencatat 1 minit 53.546 saat, menamatkan saingan di depan Dovizioso dengan 1 minit 53.744s manakala Marquez ketiga dengan 1 minit 53.745s.

Tetapi saingan itu diakhiri kemalangan ketika perlumbaan berlangsung dalam keadaan berangin dan sejuk di Doha.

Penunggang membuat permohonan sekali lagi supaya perlumbaan diawalkan sejam daripada jam lapan malam waktu tempatan – yang mana permohonan itu ditolak pada awalnya.

“Kami meminta supaya mengurangkan risiko dalam keselamatan yang tak sepatutnya,” kata Marquez yang baru pulih daripada pembedahan bahu.

Antara mereka yang mengalami kemalangan pada pusingan kelayakan dan sesi latihan adalah Marquez dan rakan sepasukan Honda, Jorge Lorenzo yang mungkin tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Disiarkan pada: March 10, 2019 @ 2:34pm
d