arena

Hajat muncul juara tak kesampaian

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergelar juara Seluruh England tidak kesampaian apabila tewas pada aksi final kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, malam tadi.

Pada perlawanan berlangsung di Arena Birmingham itu, Aaron-Wooi Yik berhempas pulas sebelum tewas 21-11, 14-21, 12-21 kepada gandingan juara dunia itu.

Aaron-Wooi Yik bermula baik apabila memenangi set pertama namun faktor pengalaman nyata menjadi aset Ahsan-Hendra yang juga pemenang Seluruh England 2014 apabila memenangi set kedua dan ‘rubber game’.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam acara beregu lelaki adalah pada 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Dengan kegagalan itu, Aaron-Wooi Yik meneruskan pemburuan kejuaraan pertama mereka selepas tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sejak mereka digandingkan pada November 2017.

Disiarkan pada: March 10, 2019 @ 11:58pm
d