arena

Nasib Hazard ada kalau tak...

Oleh AFP

EDEN Hazard menyelamatkan Chelsea dimalukan selepas menjaringkan gol lewat permainan ketika seri 1-1 menentang Wolves, malam tadi.

Skuad Maurizio Sarri di ambang kekalahan selepas jaringan Raul Jimenez meletakkan Wolves mendahului m-56’ di Stamford Bridge.

Biarpun Hazard menyelamatkan status Sarri yang mendapat kecaman dengan rembatan kencang pada waktu kecederaan namun ia masih hari yang dianggap tiada tuah.

Chelsea menang tiga kali dalam tempoh 10 hari untuk mengurangkan laporan negatif media terhadap pengendali dari Itali itu.

Chelsea kini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi tercicir daripada saingan empat teratas dengan keputusan itu.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 12:52am
d