arena

Ramos 'bye-bye' andai Mourinho datang

Oleh DM/EJ

SERGIO Ramos mengugut untuk tinggalkan Real Madrid sekiranya Jose Mourinho kembali selaku bos kelab itu.

Malah, beberapa pemain senior lain juga berhasrat mengikut jejak langkahnya sekiranya perkara itu berlaku musim depan.

Ramos yang juga kapten kelab itu bertekak dengan Mourinho ketika dia menguruskan Real antara 2010-2013.

Dia juga turut membidas cadangan Presiden Florentino Perez terhadap rancangan untuk membawa Mourinho semula dalam La Liga.

Dengan kontrak berbaki setahun, Ramos mahu berhijrah ke kelab lain berminat mendapatkannya.

Pemain Wales, Gareth Bale yang pernah mahu dibawa oleh Mourinho ke United pada 2017 juga tidak mengalu-alukan perubahan pengurusan.

Dua lagi pemain pernah berada di bawah kendalian Mourinho adalah Marcelo and Karim Benzema yang turut menentang cadangan itu.

Perez memberitahu pemainnya dia tidak mempunyai suara mutlak dalam perlantikan itu.

Dia akan mengadakan pertemuan dengan pengarah kelab, hari ini terhadap perancangan melantik Mourinho menguruskan skuad itu.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 1:29am
d