arena

Emery puji pemain

Oleh Reuters

PENGURUS Arsenal Unai Emery memuji pasukannya selepas mencatat kemenangan ke atas pasukan pelawat Manchester United pagi ini, sekali gus membolehkan pasukan itu menduduki empat tangga teratas dan mengejar Tottenham di tempat ketiga dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

Dalam beberapa perlawanan Arsenal musim ini, dua penyerang Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang beraksi dalam kesebelasan utama kerap diletakkan di bahagian sayap.

Beberapa perancang dan strategi Arsenal tampak berjaya lancar, dengan Aubameyang kini menyumbat 17 gol di peringkat liga menyamai bintang Liverpool, Mohamed Salah yang mengambil tugas sebagai penggempur pasukan, namun kebiasaannya hanya seorang atau seorang lagi pemain diberikan peranan sebagai penyerang tunggal.

Kali terakhir kedua-dua penyerang Arsenal itu berada dalam kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan liga ketika tewas 1-0 kepada West Ham United pada pertengahan Januari lalu, di mana Aubameyang digunakan di beberapa sudut padang.

Bertemu United, walaupun, dengan Aubameyang dan Lacazette kedua-dua diletakkan di bahagian tengah, mereka kemudian menjaringkan gol dan turut membantu gerakan menjaringkan gol untuk menang 2-0, selain memberi banyak masalah pada pasukan lawan.

Beraksi bersama perancang tengah, Mesut Ozil, yang kembali beraksi cemerlang dan mencipta ruang - lima peluang menentang United, lebih daripada semua orang di dalam padang - Emery mungkin mempunyai resipi mengekalkan prestasi Arsenal seterusnya memburu slot untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara.

“Ia sangat penting untuk beraksi dalam sistem yang berbeza, pemain berasingan dan kekalkan prestasi yang sama,” katanya kepada media.

“Saya rasa kami semakin meningkat, kami berasa lebih baik dengan keyakinan tinggi.

“Saya tidak tahu ia adalah permainan terbaik kami musim ini, kami semakin meningkat. Kami bersaing dalam beberapa perlawanan berbeza. Kami memang beraksi konsisten dan ia sangat penting.”

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 8:20am
d