arena

Taktikal Allegri jadi sandaran

Oleh Reuters

PENYOKONG Juventus berharap jurulatih Massimiliano Allegri mampu mencipta kejutan ketika pasukan mereka cuba menukar defisit kekalahan 2-0 di laman sendiri berdepan Atletico Madrid pada kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Walaupun dia diatasi rakan sejawatnya Diego Simeone pada perlawanan pertama, apabila tiga pemain simpanan mengatasi keseimbangan Juve, Allegri biasanya akan menguasai apabila dia tidak memiliki kelebihan.

“Lebih bertambah rumit, lebih lagi saya menyukainya,” katanya selepas pasukan pendahulu liga Serie A itu mencatat kemenangan 4-1 ke atas Udinese, Jumaat lalu.

“Jika saya fikirkan sesuatu yang baharu, saya lebih suka menggunakannya.”

Hanya sembilan pasukan berjaya mengatasi defisit dua gol dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan Manchester United menjadi pasukan pertama melepasinya apabila menang 3-1 berdepan Paris St Germain awal pagi Khamis lalu.

Dalam lapan lagi saingan, ia dicapai oleh pasukan bermain di laman sendiri, hanya tiga melepasinya tanpa kelebihan gol di tempat lawan.

Juve juga perlu melaluinya dengan berdepan satu daripada pertahanan paling teratur dalam kejuaraan kali ini dan Allegri akan bermain tanpa dua pertahanan kerana Mattia De Sciglio cedera dan Alex Sandro digantung permainan.

Dia juga perlu memastikan Cristiano Ronaldo tidak kekurangan bantuan seperti dialami dalam beberapa perlawanan lalu.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 12:51pm
d