arena

Yusri dah tak mampu...

Oleh Syazwan Msar

KALAH lima perlawanan Liga Super berturut-turut menyebabkan jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah terpaksa angkat kaki.

Bekas jurulatih Kelantan itu tidak mampu membantu pasukan City Boys meraih mata dalam lima aksi awal apabila tewas kepada Pahang (1-3), Johor Darul Ta’zim (1-4), Terengganu FC (0-1), Melaka (0-2) dan terbaru Selangor (2-3) malam tadi.

Penyokong Kuala Lumpur juga mendesak Yusri berundur sekali gus bertanggungjawab terhadap persembahan buruk pasukan itu.

Yusri berkata, Kuala Lumpur tidak bernasib baik kerana bertemu pasukan kuat selain tidak berpeluang menurunkan semua pemain importnya menyebabkan mereka sukar mencipta kemenangan.

“Keputusan ini tiada kaitan dengan desakan majikan cuma saya rasa bertanggungjawab terhadap keputusan sebelum ini dan perlu menanggung akibatnya.

“Saya meletak jawatan selepas dipersetujui bersama dengan pengurusan pasukan dan keputusan ini adalah yang terbaik dan saya harap Kuala Lumpur mampu bersaing pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 6:52pm
d