arena

Hatrik CR7 buat Georgina mengalir air mata [VIDEO]

Oleh DM/EJ

GEORGINA Rodriguez, teman wanita Cristiano Ronaldo (CR7) mengalirkan air mata menyaksikan superstar itu menyumbat gol hatrik membantu Juventus bangkit menewaskan Atletico Madrid pada Liga Juara-Juara (UCL).

Bintang Portugal itu kini mencari status juara keempat berturut-turut dalam saingan UCL menjaringkan tiga gol membolehkan The Old Lady menang agregat 3-2.

Biarpun tercicir 2-0 pada perlawanan pertama pertama, kelab Itali itu mara bergaya untuk slot ke suku akhir, awal pagi tadi.

Ronaldo menanduk masuk dua gol setiap babak sebelum sepakan penalti kemenangan membuatkan keluarganya melonjak keriangan di Turin.

Georgina turut terharu melihat bekas pemain Real Madrid itu merembat masuk melepasi penjaga gol Jan Oblak m-86.

Selepas menarik nafas seketika Georgina tidak dapat menahan perasaan dan menangis di tempat duduk penonton di Stadium Allianz.

Anak lelaki Ronaldo, Cristiano Junior, 8 turut melonjak penuh gembira ketika aksinya dirakam kamera.

Georgina mengirimkan foto ke Instagram untuk menghargai pencapaian hebat teman lelakinya itu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Alana Martina serta sepasang anak kembar Cristiano, Eva dan Mateo.

Malah, foto Ronaldo dikirimnya ketika zaman kanak-kanak tertera: “Tiada siapa mencuri 3-0 ini. Awak berhak untuk tiga gol malam ini”.

“Berbaloi dengan dedikasi dan apa yang diraih bersama kelab diwakili. Anda menjadi penarik rakan sepasukan, jurulatih dan setiap meminati dan menyokong awak setiap hari.

“Karma wujud. Tuhan tahu, Tuhan memberikannya kepada awak. Dunia bolasepak milik awak. KAMI SAYANG AWAK. Cristianito, Mateo, Eva, Alana, Georgina.”

Prestasi dipamer Ronaldo membantu skuad Massimiliano Allegri yang berkemungkinan berdepan bekas kelabnya, Manchester United.

“Ia malam yang istimewa. Inilah mentaliti diperlukan dalam UCL,” kata pemain berusia 34 tahun itu kepada Sky Italia.

Disiarkan pada: March 13, 2019 @ 1:40pm
d